Saturday, February 20, 2021

The time has come..

Selamat berjaya dan selamat menduduki peperiksaan SPM 2020 kepada semua calon SMK Keratong.. Anda boleh!!







#SPM2020
#KitaJagaKita
#PatuhiSOP


Wednesday, February 17, 2021

Hebahan Majlis Bacaan Yasin, Taklimat ibu bapa dan Pelancaran Restu Murid SPM 2020


Assalamualaikum wbt, 

MAJLIS BACAAN YASIN, TAKLIMAT IBU BAPA DAN PELANCARAN MAJLIS RESTU MURID SPM 2020

Hari    : Jumaat

Tarikh: 19 Februari 2021

Masa : 8.00-9.30 Pagi

Tempat: Google Meet

 Tentatif program : 

🌺Kata aluan Pengerusi Majlis.

🌺Bacaan Yassin,dipimpin oleh Ustaz Khairan.

🌺Taklimat Ibubapa Murid SPM 2020 oleh Tuan Pengetua, En. Mohd Rizal bin Atan.

🌺Pelancaran video (Restu Kami Bersama Anda) Program ini diadakan bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kejayaan anak-anak murid SPM 2020 SMK Keratong.

Justeru, semua ibu bapa, murid dan guru dijemput hadir.

Untuk menyertai, sila klik pautan di bawah:

 https://meet.google.com/tuq-kwma-xac 

 Atau buka Meet dan masukkan kod ini: tuq-kwma-xac

Didik TV

 



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin saluran DidikTV Kementerian Pendidikan (KPM) dapat membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), khususnya murid yang tiada akses kepada pendidikan secara dalam talian.

Perdana Menteri berkata, ibu bapa turut boleh meluangkan masa menonton saluran terbabit bersama anak mereka.

"DidikTV KPM akan menyiarkan program berteraskan kurikulum serta kokurikulum KPM, dan saluran ini juga menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan dari peringkat prasekolah hingga Tingkatan Enam.

"Ini termasuk program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid," katanya ketika berucap menyempurnakan pelancaran DidikTV KPM, hari ini.

Muhyiddin berkata, kaedah PdPR secara dalam talian belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana sebahagian besar murid tidak memiliki peranti sesuai, selain faktor kekangan akses kepada internet.

"Kerajaan sedar murid-murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun kawasan pedalaman.

"Oleh yang demikian, kita perlu terima hakikat pelaksanaan PdPR secara dalam talian belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh yang singkat," katanya.

Justeru, beliau berharap saluran DidikTV KPM yang mula bersiaran hari ini akan menjadi platform memperkasakan budaya ilmu.

Perdana Menteri berkata, DidikTV KPM yang bersiaran menerusi saluran ntv7 itu diharap dapat menerapkan nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi.

"Segala usaha ini memerlukan sokongan padu dan kerjasama erat daripada semua pemegang taruh, khususnya murid, guru dan juga ibu bapa.

"Marilah kita semua bersatu hati melaksanakan tanggungjawab dalam menjayakan agenda besar pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang demi masa depan generasi pewaris negara," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786948/didik-tv-kpm-bantu-pdpr-pm


Friday, February 5, 2021

Bacaan Yasin SPM 2020

Program bacaan yasin bersama guru, pelajar SPM 2020  dan ibu bapa melalui aplikasi Google Meet.










 



Semoga urusan SPM 2020 dipermudahkan.. Aaminn..