Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong atau nama ringkasnya SMK Keratong, merupakan salah satu daripada 3 buah sekolah menengah dalam gugusan Felda Keratong. Ia didirikan di kawasan seluas 19 ekar dan berhampiran sekali dengannya ialah penempatan peneroka Felda Keratong Dua. Nama sekolah ini mengambil sempena nama Gugusan Felda Keratong yang menjadi antara kawasan pengeluar hasil minyak sawit terpenting di Pahang. Bandar yang paling hampir dengan sekolah ini ialah Bandar Tun Abdul Razak, iaitu kira-kira 1 km letaknya dari kawasan sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Negeri Pahang Darul Makmur.
No comments:
Post a Comment