Wednesday, April 15, 2020

Tiada PT3 tahun 2020



Makluman kepada semua warga SEMEKAR, tiada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020. Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masih berlanjutan yang menyebabkan sesi persekolahan diberhentikan. Namun begitu, pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baru akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan (ke tahap seterusnya) misalnya sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah teknik.

Jadi, harus diingat yang pembelajaran akan berjalan seperti biasa secara online sepanjang PKP. Sila berikan kerjasama kepada guru-guru anda dan patuh kepada arahan yang diberikan okey..

No comments:

Post a Comment