Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Nabi Muhammad SAW ketika itu berumur 41 tahun dan peristiwa tersebut berlaku di Gua Hira. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Kelebihan membaca Al-Quran
- Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak.
- Allah mengangkat darjat orang yang membaca Al-Quran.
- Mendapat ganjaran pahala. Bukan sahaja dengan membaca, malah ketika mendengar, mengajar dan belajar Al-Quran.
- Menyucikan jiwa yang lalai dan leka serta sering melakukan maksiat.
- Mendapat ketenangan jiwa. Hati menjadi lebih tenteram.
Jom baca Al-Quran. Tak tahu, kita belajar!! Yang tahu kita upgrade, ayuh Tadabbur!!
No comments:
Post a Comment