Monday, November 9, 2020

Sekolah ditutup sehingga cuti akhir tahun

 


Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan semua sekolah di seluruh negara ditutup bermula 9 November 2020 hingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17/ 18 Disember 2020. Hal ini berikutan pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana penularan pandemik Covid-19 di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis. Walau bagaimanapun, pembelajaran masih boleh dilaksanakan di rumah.




#HarapMaklum

No comments:

Post a Comment